Jul 2, 2012

Kehidupan Tipikal

Aku mula mengambil kunci kereta. Keluar dari rumah dan kemudian buka pagar. Pergi ke belakang dan panaskan enjin. Turunkan tingkap kerana kononnya air cond kurang baik untuk kesihatan. Padahal nak jimatkan minyak.

Bergerak tanpa hala tuju. Keseorangan. Tiba di sebuah kedai makan di hadapan kompleks belia yang bagi aku term of belia itu hanyalah sampah semata mata.Kalau belia , mesti ada peraturan restrict para 40-an masuk ke perkarangan kompleks itu.

Bersalaman dengan anak tuan kedai. Order apa yang mahu makan tapi dalam linkungan bajet hasil duit dari ibu bapa. Ya ibu bapa. Dulu masa nak keluar shopping mall pun , minta duit mereka juga. Taktahu lah kot ibu bapa kau ada letak tabung khas untuk engkau. Tabung Anakku.

Selesai makan , bayar apa yang telah di-order. Balik kemudian membuka laptop hasil pemberian ibu bapa (lagi) dan meneruskan kehidupan di dalam alam maya.

Apa yang aku catitkan ini , tiada hala tuju. Begitu juga kehidupan kita semua. Mungkin dalam masa seminit dua , tiba tiba anda rasa ingin ke dapur padahal anda tidak tahu untuk membuat apa apa disana. Mungkin sekejap lagi , anda kecewa dengan kehidupan tipikal dan terus mengelar tangan anda. Kelar sehingga mati. Konon kecewa. Tipikal.