Jun 15, 2012

Awak Tahu Tak Sekolah Itu Rumah Kedua?

Harry melepaskan hembusan asap yang datangnya dari rokok Pine yang baru dibeli pagi tadi. Bagi orang bersekolah seperti beliau , rokok Pine la menjadi 'roti canai'. Dinding di belakang tandas menjadi tempat bersandar sambil menyedut dan menikmati kesedapan dan ke-roti canai-an rokok tersebut.

'Babi Apiz ni , kalau aku tahu dia tak datang sekolah , baik aku pun tak datang. Mati sial aku dia takde. Kimak punya gemuk , sebab tak siap kerja Math pun takut nak datang' , kata Harry dalam hati. Apiz adalah kawan rapat yang dianggap seperti abangnya sendiri. Harry merasakan adalah lebih baik dia bersendirian daripada berborak dengan rakan-rakannya yang sedikit anti dengannya.

Setelah melepaskan hembusan yang terakhir , Harry ingin ke kantin untuk membeli karipap tiga puluh sen. Ketika dia berjalan melalui padang yang merupakan jalan shortcut ke kantin , dia terserempak dengan cikgu disiplin sekolahnya iaitu cikgu Raj. Cikgu Raj yang merupakan guru berbangsa India yang mengajar Bahasa Inggeris disitu , terkenal dengan sikap mementingkan kekemasan.

'Ahhhh babi , pahal time ni pulak jumpa cikgu ni. Kang ceramah itu ini la si misai ni. Dah la nak cite pasal kemas la bagai , padahal bulu telinga pun terkeluar. Sial'.

Harry dibawa ke bilik disiplin dan dibebel perkara biasa seperti kekemasan dan keterampilan diri.

'Awak tahu tak ini sekolah? You need to cut your hair. Selekeh. Ini sekolah. Bukan universiti. Dan awak tak ikut jalan selamat tadi. Untuk apa sekolah buat jalan selamat kalau pelajar tidak ikut?' , bebel cikgu Raj kepada Harry.

'Cikgu , beginilah. Saya perlu cakap ini supaya pihak sekolah clear about what students not satisfy from all of you. Jalan selamat? What for? untuk keselamatan pelajar? All of you selalu cakap sekolah ini rumah kedua but what for perlu ada jalan selamat , CCTV , stupid regulation macam rambut kena panjang seperti ini , tak boleh ada janggut semua?'

'Jangan kurang ajar saya ya!' Cikgu Raj yang muka kemerahan mula berang dengan sikap melawan Harry.

'Bukan kurang ajar tapi ini realiti. Rumah saya takde CCTV , ibu bapa saya takde larang saya untuk mengikut jalan selamat jika ingin ke dapur. Apa perasaan cikgu jika di rumah cikgu sendiri , ibu bapa cikgu meletakkan CCTV untuk memantau cikgu agar tidak hisap rokok dan membuat jalan selamat untuk keselamatan cikgu. Jalan selamat itu mengambil masa 4 minit untuk ke dapur walhal jalan alternatif hanya memerlukan seminit sahaja. Peraturan yang bullshit itu semua yang buat pelajar-pelajar melanggar peraturan. Sedarlah cikgu , saya dan cikgu merupakan manusia juga. Kita hanya dibezakan darjat dan kerja. Cikgu merupakan guru dan saya merupakan pelajar. Takkan jika saya meluahkan pendapat pun dikira kurang ajar?'

Ceramah dari Harry membuatkan cikgu Raj senyap dan menyuruh dia keluar. Selepas dua hari kes itu berlaku , Harry dibuang sekolah.

...

Harry dihalau dari rumah kedua. Dan kini dia perlu mencari rumah kedua yang baru. Dengan rekod dihalau dari rumah , harapan mendapat 'ibu bapa' agak tipis buat Harry.