Jun 3, 2012

Seorang Budak Gemuk

Ayin , seorang budak gemuk. Bersaiz kan XXL atau XL kalau design baju lawa. Size seluar , 40 atau 41. Berumur lingkungan atas budak SPM. Beliau tidak tahu menahu tentang kehidupan. Yang hanya dia tahu , dia ada keluarga , kawan baiknya - Pidet dan crushnya - Didi dan kawan-kawan lain.

Selepas keputusan SPM nya tidak bagus mana , beliau hanya duduk di Seremban dan meneruskan dalam bidang persekolahan. Form Six. Tingkatan Enam. Pra-U. Baginya , kehidupan dia tak happy dan tak sedih. Lebih suka menyendiri berbanding berkomunikasi. Lebih suka duduk di rumah mengadap laptop berbanding bercakap dengan orang entah mana mana.

Pidet dan Didi bakal memasuki alam universiti. Kini tinggal Ayin , seorang diri di sebuah bandar yang dipanggil Stimbob. Selepas bersalaman dengan Pidet si sebuah kedai makan sebelum Pidet ke universiti , Ayin memasuki kereta. Reverse dan accelerate selaju-lajunya.

Tinggal lah dia seorang diri di Stimbob , menunggu mesej dari Jude untuk mengajak lepak.

Ayin masuk bilik , lalu menconteng dindingnya yang tertulis serangkap lirik dari sebuah band Kentucky , Amerika Syarikat ,

"Shake me down , not a lot peole left around."