May 15, 2012

Kehidupan Zain

Zain ialah seorang remaja yang berumur dalam lingkungan 18 tahun. Baginya , hidup ini tidak lama. Enjoy enjoy enjoy. Club perlu dikunjungi paling bangang , 4 kali sebulan. Perempuan? Ahhh , Zain muka jambu. Petik jari , berlambak datang mengorat. Selesa berbaju tiga segi ala ala Illuminati , skinny jeans kelabu dan kasut Sebago. Topi snapback wajib dipakai. Style posing mestilah bersama dua tiga rakan.

Caption - With my friends <3 Love them.

Zain juga tidak pernah melupakan hal keagamaan. Status nya banyak diupdate seperti - Jom kita solat , off kejap. Tak guna bertweet tweet kalau tak solat. Zain juga pandai menggunakan ayat romantis seperti - Bila orang itu tiada , baru hendak dihargai. Hmmmm R <3

Zain juga suka edit gambor. Kebanyakkan diedit di Pixlr. Ada lightning , bokeh dan pelbagai lagi. Editing sebegitu wajib untuk menarik orang untuk menjadi rakan. Zain juga tidak pernah miss lepak dekat Pavillion. Maksud saya , di pintu masuk Pavillion.

Ustaz Azhar Idrus adalah idola Zain. Bagi Zain , orang sebegitu perlu menjadi idola umat manusia. Bukan seperti Zayn Malik mahupun Malik Noor. Oh ya , dengar khabor yang Zain ni jejak surau tiga kali setahun je. Hari pertama terawih , solat hari raya haji dan solat hari raya aidilfitri. Taktahu la , dengar khabor la.