May 9, 2012

Fasa Baru

Tiga minggu orientasi untuk para tingkatan Enam. Ya , tingkatan Enam. Result yang kurang memberangsangkan membuatkan aku tak dapat IPTA. Pete dapat UIAM , dan ramai kawan aku mendapat UiTM. Jujur aku kata , perasaan down dan jealous ada terhadap mereka semua.

Tapi , bagi aku tingkatan Enam bukanlah teruk mana. Maksud aku , selain dari memakai baju sekolah dan mengikut peraturan sekolah. Tingkatan Enam memerlukan kau bangun pagi seawal 6am hingga 6.30am. Kau belajar di UiTM kau perlu bangun sekitar 7am-8am jika kelas kau pagi. Apa yang sama? Bangun pagi.

Di sekolah kau akan di-lecture cikgu , dibebel dan sebagainya. Malah ada cikgu akan pandang atas bawah , label kau sebagai budak pandai , budak kurang cerdik dan pelbagai lagi. Akuilah , di sekolah anda pasti akan ada group cakap belakang di kalangan guru. Di IPTA , lebih kurang cuma lecturer kau tak seramai guru di sekolah.

Dan apa yang sama ialah belajar. IPTA dan tingkatan Enam , kau perlu belajar. Nak atau tak , kau perlu belajar. Kalau taknak , berhenti dan pergi kerja. Kerja pun kena belajar. Belajar tahan maki , belajar tulis order dengan cepat dan sebagainya.

Lalu aku rasa , inilah fasa baru aku. Fasa lama aku perlu tinggalkan. Simpan sebagai memori. Bukak mata bahawa pekerjaan sekarang bukan senang nak dapat. Now , aku pra-u. memori zaman sekolah , aku simpan. Baik buruk , pahit manis. Fasa baru , memori baru.


I know this sounds like a sour grape, but one of my motivation to do well in Form 6 is to be better than college students. (Justin Tan)