Jul 7, 2012

Operation Signalling

'KL Sentral satu'

'K terima kasih'

Aku hirup dalam dalam udara Seremban yang agak suci ni sebelum bertempuh udara tak suci Kuala Lumpur. Sambil membetulkan baju Ambrosetti pembelian bapak aku , tiba tiba ada seorang remaja smart-smart nerd tanya aku ,
'KL Sentral platform sini ye?'

Aku dengan muka tegas menganggukkan kepala. Remaja itu terus tunduk dan ucap terima kasih.

Aku masuk ke gerabak baru KTM , dan terus duduk sambil memegang beg Camel Mountain. Pakai beg Camel Mountain baru lah nampak macam pelajar pelajar universiti. Cerita Tom and Jerry yang dipasang serentak di televisyen kecil disitu membuatkan aku tak ketawa langsung.

Tiba di Batang Benar , ada pengumuman di board LED dalam gerabak tu yang tertulis,

Operation Signalling.

Setelah lebih kurang dalam setengah jam menunggu , tren mula bergerak kembali.

Aku tengok kembali cerita Tom and Jerry yang dah diulang empat lima kali.

Kakak-kakak universiti sebelah aku sibuk cerita tentang housemate masing masing. Aku macam biasa , pasang telinga untuk kegunaan masa hadapan.

Tiba di UKM , pengumuman tu berlaku lagi.

Dan di Kajang.

Dan di dekat dekat KL Sentral.

Pakcik sebelah aku ketika itu geleng kepala banyak kali sambil mendengus. Bau rokok Pall Mall bercampur teh tarik dari nafas mulut dia memang padu. Aku pikir bau tandas Bandar Tasik Selatan tadi , rupanya bau nafas dia.

Aku sampai di KL Sentral dan terus berjumpa abang saudara aku yang sabar menunggu aku disitu sambil memakai singlet Gibson bajet ala ala drummer luar negara.