Apr 9, 2012

5EROJ4

Aku membuat post ni untuk memberi tribute kepada kawan kawan baik laki mahupun perempuan , Melayu mahupun Cina , baik mahupun jahat. Aku takkan kenalkan satu satu ahli kelas bersiap gambar kerana kalau kau nak style tu , pergilah carik blog lain. Aku hanya akan cerita memori aku dan nama nama ahli dalam kelas ni.

Seroja. Bukan nama yang ringan aku boleh pegang. SPM 2010 , ramai ahli kelas Seroja mendapat keputusan baik. Dan semua cikgu letak harapan dekat kelas aku hinggalah pertengahan tahun dimana Seroja ni keputusan dia memang macam haram. Aku bukan lah seorang baik mahupun jahat dalam kelas ni. Aku duduk di sebuah sudut bersama kawan aku.

Aku sama kelas dengan Pete but kitorang lebih kepada membawa haluan sendiri dalam kelas sebab Pete jenis belajar dan aku tidak. Aku lebih kepada belajar 10 minit , pandang kiri kanan 20 minit. Dalam kelas aku , macam macam group. Group serong , group mengumpat , group belajar , group anti cikgu itu ini dan group Chinese. Standard lah tu kan.

Aku boleh katakan , dari segi relationship aku dengan Seroja ni tak lah baik mana. Until now , aku rasa tak lah baik mana. Mungkin ada dalam Seroja itu sendiri benci aku sampai sekarang sebab aku selalu buat masalah. Isu kecil , diperbesarkan. Kalau Pete gaduh dengan seorang ahli , aku akan masuk campur.

Dan selepas SPM , Seroja hilang. Masing masing bawak haluan , lelaki buat trip sendiri. Perempuan ada yang tak contact langsung. Aku tak lah rindu Seroja tapi aku akan ingat kelas ni. Sebab kelas ni lah buat aku kenal Pete dan buat aku kenal siapa kawan yang sebenar. Kelas ni jugak buat aku senyum untuk setahun lebih , lalui macam macam pengalaman. Even aku selalu buat masalah dengan ahli ahli Seroja , aku still hargai diorang.

Kepada Nuhsrah , Shu , Tasha , Chin , chinese yang lain , Syaza , Naq , Dibah , Ama , Kechic , Toce , Penyu , Nisa , Hajrah , Hazirah , Syikin , Wan , Lee , Mirul , Syikin Rizman , Sharifah Adila , Liyana , Shahirah Fuad , Danish , Amir , Azim , Afie , Kayro , Naem , Ajiq , Thaqib , Syed , Pete , Ikmal dan Syem - satu aku mampu cakap , Seroja ajar aku kenal korang semua. Thanks lads and ladies.

Seroja : 2010-2011.

Remember the laughter as we go our seperate ways, but there's so much we're learning and we just can't be afraid. There's a world outside our door and nothing in our way. But if it's not what we're both looking for , we'll meet again someday.