Feb 2, 2012

Presiden.. Presiden..

Seminggu dua ni , aku perati je dekat laman sosial facebook tentang kejatuhan bolasepak Kedah. Pasukan yang merangkul double treble ketika 2007 , 2008. Pasukan ni mula menjadi double trouble ketika Wan Jamak digantung tujuh perlawanan oleh FAM kerana mengkiritik pengadil. FAM memang bangang , ajarlah macam mana pun , kalau bangang tetap bangang. Kalau nak cerita pasal FAM , semua maki hamun boleh keluar.

Aku kesian dekat pasukan diorang sebab even pasukan diorang terumbang ambing , supporter still datang sehinggalah Ultras Kedah menyirap dan boikot. Kalau aku pun , aku baling air dekat pengurus Kedah - Khazali Din. Si malaun misai ni boleh buat relax lagi selepas team manjang kalah dan kutip dua mata daripada lima perlawanan.

Lagi satu aku nak pertikai ialah Presiden KFA sendiri yang merupakan Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Aku taknak cerita pasal macam mana dia uruskan Kedah ataupun adakah aku ni orang kerajaan ke apa cuma aku rasa kalau kau taktahu pasal bolasepak ataupun sukan , jangan jadi Presiden. Eventhough kau MB , tapi kasi dekat orang berwibawa sikit. Aku hanya boleh cakap yang kalau Presiden dia MB yang bernaung dibawah Pakatan , mesti rosak team tu. Mungkin Presiden tidak tahu apa yang ingin dicanangkan kepada team tu gamaknya. Tengok Selangor , Misi 33 tak tercapai tahun lepas. Dulu si Mohammad Nizar Jamaluddin , rosak gak team Perak dana pun takde dengar cerita. Ni Kedah pulak.

Aku respect dekat Tok Guru Nik Aziz yang takde pun nak berebut jawatan dengan TSAM tu. Eventhough Kelantan diterajui PAS , tapi Presiden bolasepak diorang ialah Barisan Nasional. Politik dan sukan perlu dijauhkan. Rosak sukan kalau politik masuk sama. Mixture tak sama. Aku cadangkan , kalau Pakatan menang lagi banyak negeri lepasni , janganlah lantik Menteri Besar menjadi Presiden bolasepak negeri terbabit. Kalau nak pilih dari kalangan Pakatan pun , pilih orang yang berwibawa. Yang tahu selok-belok pasal bolasepak. Yang tahu manage pasukan. Bukan orang yang datang ketika Sultan turun , datang ketika Final.

Tapi aku tak lah terkejut sangat kalau Presiden tak turun sebab The Mighty Sultan Bola pun relax je lepak dekat rumah time perlawanan berlangsung , inikan pulak anak-anak buah dia ye dak.