Feb 16, 2012

Jangan Hancurkan

Seperti sedia maklum kepada rakyat Malaysia yang baca paper seminggu ni , dikhabarkan yang rasuah atau 'jual/set game' telah mula kembali dalam kancah bolasepak. Bagi orang yang mula minat dengan local football macam aku , aku rasa benda ni tersangatlah taik. Malaysia , sebuah negara yang bolasepaknya baru nak naik selepas menang Sukan Sea 2009 , 2011 dan AFF Suzuki Cup 2010.

Dulu ya memang kita gah dengar gelaran itu ini , tapi yang melenyapkan bolasepak ini ada dua puncanya. Pertama , rasuah. Benda ni dulu serang bolasepak Malaysia ketika 1994. Oleh kerana ketika itu aku masih di alam lain , aku taktahu cerita sangat. Yang aku tahu , ramai pemain dibuang daerah dan negeri mungkin.

Sejak itu , peminat dan rakyat Malaysia kurang nak ambil tahu sebab  kepercayaan dan minat mereka telah direntap kerana pemain jual maruah negeri dan kelab demi wang ringgit. Dan sekarang , kembali lagi. Tahun lepas , skuad presiden Negeri Sembilan dilibatkan dan ramai yang digantung. Tahun ni , skuad liga super pula. Lepas ni apa pula? Skuad negara? Kepada pemain , lebih baik makan duit yang halal. Jika orang memberi kepercayaan kepada kau , balaslah dengan permainan yang menarik dan bersungguh sungguh. Bukan dengan menjual game. Itu bukan caranya.

Faktor kedua pula ialah Presiden FAM dan anakanda anakanda-nya. The Mighty 24years Sultan Bola , siapa tak kenal. Seorang yang tak pernah turun stadium ketika Final apa apa piala pun dan seorang yang tak pernah ambil tahu tentang bolasepak Malaysia. Yang dia tahu - press conference mengucapkan tahniah selepas Malaysia menang apa apa piala pun.

Maksud anakanda anakanda-nya ialah orang orang bawah dia. Yang si TSAM sibuk dengan Kelate , Azzudin sibuk dengan Azzuri (Italy) , Midin sibuk dengan Selangor dia dan yang lain sibuk dengan negeri masing masing. Dah tu , siapa nak jaga FAM? Rakyat? Media massa?

FAM , kau pikir peminat/penyokong/penonton ni semua datang stadium sebab apa? Sebab nak tengok ultras? Sebab nak tengok kondisi padang? Nak ambil gambar kemudian letak dekat facebook sambil caption - saya tengok bola with bf <3 <3? Orang datang stadium sebab nak tengok bola. Orang yang tengok bola itu pula akan mempunyai minat sekaligus membuatkan dia ambil tahu tentang pasukan. Lalu , terbit pula menyokong team hingga menang. Bila menang pula , nak piala lah pula sebagai klimaksnya. Benda ni mcm kau nak makan tengahari. Mula cakap nak nasi , lepastu rasa nak kuah sikit , lepastu nak ikan sikit , ending dia kau nak sayur sebagai pelengkap makanan tengah hari.

Malaysia sekarang ni hanya boleh dicop juara Asia Tenggara sahaja. Sampai bila nak Asia Tenggara? Memang kena slow slow tapi bila kita nak bertindak jika bukan sekarang. Sekarang masa kau nak bangkit dari zaman gelap , dari zaman orang caci maki cakap bolasepak Malaysia ni sampah. Bila tengok team asyik kalah , kalah , seri , kalah , menang dengan negeri , kalah then kalah , siapa nak sokong? Yang sokong pun sebab sayangkan pasukan dan negara. Bila kena caci , FAM/Menteri/Perdana Menteri mula lah cakap rakyat tak support , rakyat pentingkan liga luar dan sebagainya.

Kalaulah ada anugerah kepala konek , aku akan beri kepada mereka-mereka yang cakap macam tu. PM , sanggup berjaga lewat pagi sebab nak tengok final European Champion League dengan isteri dan rakan-rakan di Putrajaya. Pak-pak FAM terpaksa turun sebagai tanda hormat dan menteri-menteri pun akan turun dengan baju , mafla dan pyjamas team luar. Local football ni , PM/Menteri/FAM taknak pandang ke? Oh ya , sebab korang jugak yang hancurkan. Kau suruh orang support local football , tapi kau sendiri pergi berjimba pada lewat malam untuk tengok liga luar. Tersangatlah bangang.

The Mighty 24years Sultan Bola , sekarang adalah masa terbaik untuk anda letak jawatan. Jangan beri kepada anakanda anda pula. Pilih orang yang berwibawa. Yang tiada kena mengena dengan FA negeri. Tolong jang meng-kuning-kan FAM itu. Jangan hancurkan local football dan minat rakyat Malaysia terhadap scene bolasepak tempatan.