Feb 28, 2012

Hanya Filem

Kelmarin aku ke Terminal Dua di Seremban untuk saksikan cerita Adnan Sempit 2. Aku bukanlah peminat nombor satu filem Melayu tapi aku tahu keperluan untuk support local film. Myvi oren dibawa kakak meluncuri jambatan ke Jaya Jusco di Seremban 2 kerana nak tengok sana still ada tiket ke tidak. Aku disuruh keluar untuk check tiket dengan abam dan abang.

'Seat takde la bro , kalau nak pun pecah pecah' , sambil dia tunjuk seat tu. Lalu aku masuk ke kereta dan bermula perjalanan ke Term 2. Sampai disana , aku diberi amaran dan ditakutkan oleh abam tentang kesejukan di dalam wayang. Aku hanya berpakaian baju Terengganu , seluar pendek , selipar. orang semua bawak sweater. Disinilah gunanya lemak lemak dibadan aku.

Jadi aku memang expect tentang mat mat motor akan memenuhi pawagam. Sebelah aku mat motor mungkin , belakang group mat motor. Mungkin 80% di dalam pawagam itu adalah mat motor. Bila tengok cerita melayu yang menjanjikan aksi dan lawak sebegini , aku tahu yang mat motor itu semua akan tiru dialog , aksi dan lawak didalam cerita itu. Orang belakang aku sibuk mengomel buat lawak sendiri. Dialog dalam cerita ni akan jadi laku di sekolah sekolah. Percayalah , aku pernah lalui nya.

Ada seorang karakter lembut dalam cerita ini , memang annoying kerana dalam Raja Lawak lagi aku benci dia. Lawak tak lawak dan dia macam selekeh. Tiba tiba , orang sebelah aku berdialog begini ,

'Menyampah wei dengan dia tu , eee aku rasa nak tumbuk je'

Biasalah , excited sangat abang ni. Bukan orang tu kacau hubungan awak dengan 'mama' awak pun. Bukan orang tu kacau hubungan awak dengan 'bebi' awak pun. Chill sudah bang. Takde apa. Dia kacau Adnan tu je. Sabar bang.

Filem ini lebih baik dari yang pertama tapi aku tak dapat gelak sebab tiada mood untuk gelak. Tak guna kau gelak tak ikhlas kuat kuat , rahang kau jugak yang sakit nanti. Abam , abang dan kakak enjoy cerita ni , tapi aku hanya mampu memberi pujian kepada produksi team ni. Lawak dia bukan kejap kejap tetapi lama dan every five minute , akan ada lawak. Nanti korang saksi sendiri. Aku bukan pesen suka review filem.