Feb 29, 2012

Lihat Dan Senyum

Post ini timbul setelah aku menyaksikan ramai di sekeliling aku cuba untuk tunjuk dewasa. Kata mereka , merekalah gangster. Semua persatuan disebut. JKKK , FAM , PBNS , KAFA , PDRM , SPRM malah SMKSA pun disebut sekali. Ambui , banyak persatuan nampak. Geng backup pun ramai lah ye? Aku senyum lihat orang sekeliling itu juga adalah kawan kawan aku sendiri. Bertekak di alam maya , siapa hebat , siapa pemimpin hebat , polis itu banyak korupsi , kritik orang yang dengar lagu K-Pop tetapi diri sendiri cuba dengar K-Pop.

Anda , bukak lah mata dan pergi jalan di pekan Seremban itu jika ada kelapangan. Pergi trip dengan rakan anda dari pagi hingga ke malam menggunakan perkhidmatan awam. Kau akan nampak masyarakat Malaysia ni macam mana. Kau akan nampak cerita sebenar benarnya. Jangan kau angguk angguk kan apa yang berita itu cakap. Kau pikir Berita Harian tu semua cerita yang benar? Kau benci media massa lalu kau berubah ke media alternatif. Kau rendam minda kau dengan cerita cerita dari Suara Keadilan lalu kau anggukan lagi apa yang Pak Anwar kata.

Nasihat aku , jangan kau rendam minda kau dengan obsesi terhadap sesuatu pemimpin. Anwar baik , Najib jahat. Itu kau terapkan dalam minda sampai kau mengiyakan apa Pak Anwar kata dan meng-jari tengahkan apa yang Najib kata. Setiap perkara berlaku , ada pro and kontra. Pak Anwar tu semua dia buat betul ke? Kau percaya ke dengan kenyataan dia yang dia akan tutup Lynas jika PR tawan Putrajaya. Pernah dengar ayat ayat manis pemimpin politik? Janji ditaburkan , akhirnya tahi dilemparkan kepada kita. Kita mampu buat apa? Buka mulut dan tadah setadahnya.

Masyarakat Malaysia terlalu sempit pemikirannya. Terlalu obsesi sangat. Kalau K-Pop tu naik , kau dengar setiap masa sampai pelajaran hilang dek K-Pop kau. Mak abah tak berani nak marah , nanti keluar rumah pula. Lagi macam-macam hal. Bila scene K-Pop naik , yang membenci pula akan menyusul. Dicerca pula orang yang minat K-Pop. Malaysia ni terlalu kiblatkan sesuatu sampai arah kiblat yang betul pun , kau salahkan. Kau tak bodoh , tapi kau bodohkan diri kau.

Terbaru , scene ultras. Ada pro and kontra ultras ni. Kau kena lah kaji sedalam dalamnya. Jangan kau pergi tunggulkan diri kau dengan apa yang kau lihat di Youtube. Pergi kaji , sembang dengan orang yang banyak ilmu tentang ini. Bila ultras ni naik , pembenci akan suarakan pendapat mereka. Yang baru masuk scene ini , akan bertindak macam dah lama masuk dalam scene. Habis dijari tengahkan siapa yang tak masuk. Kau pikir ultras ni apa? Sebuah agama ke? Tak perlu kau taksub. Sokong di stadium , luar kau jadi orang biasa. Kau beli ikan di pasar juga. Kau bayar bil elektrik , kau kena beratur juga. Takde makna kau masuk ultras , orang akan sujud di kaki kau dan beri kau laluan khas. Hui , hebatnya dunia jika ada laluan khas untuk ultras. Mesti ramai masuk ultras.

Dari kecik aku dah diasuh dengan politik. Sampai besar , aku masih dengan politik sehingga aku naik menyampah dengan politik zaman sekarang. Apa yang dua dua pihak cuba tunjuk kepada rakyat? Dia salah , aku betul? Aku betul , dia salah? Ceh , ini pemimpin ke pelajar tadika. Aku punya kawan yang dah lali dengan politik , pergi ke perhimpunan itu ini sehingga lah dia muak. Mungkin dia baca apa aku catitkan ini. Lalu aku mula jadi seperti dia , muak. Bezanya , aku tak pergi ceramah , perhimpunan itu ini. Aku saksikan pula kawan kawan aku cuba masuk arena ini. Geleng kepala aku melihatnya. Kalau diletak dua orang ini , mahu bergaduh. Sorang pembangkang , sorang kerajaan. Fakta yang entah betul atau tidak akan dikeluarkan. Seorang pegi deny , seorang lagi defend.  Lagi mati akal.

Tak perlu kau rendam minda kau dengan politik. Kau tahu asasnya kemudian kau bergaul dengan orang yang dalam lama dalam scene ini. Nanti time nak pergi mengundi , kau pergilah mengundi. Jangan time mengundi , kau kata - Malas lah , alih alih orang sama menang. Lepas tu , kau salahkan itu ini. Ala , pathetic. Diberi peluang , kau bazirkan.

Ayat tipikal orang Melayu - kaum lain akan terkekeh melihat bangsa Melayu bergaduh. Ala bangsa mereka ada masalah juga , tetapi tak heboh. Setiap kaum , setiap orang , setiap parti , ada masalah tersendiri.