Mar 22, 2012

Mula Lihat Ke Hadapan

Aku mula keluar dari pintu rumah , start enjin kerta Kancil auto. Tiada langsung debaran di dalam hati ini untuk mengambil result SPM. Jangkaan aku ialah - tiada debaran maksudnya keputusan teruk. Ah celaka , abaikan perasaan tu. Dari Ampangan , melalui Paroi kemudian ke Taman Tasik Jaya dan akhirnya sampai ke kilang Xyratex di Senawang. Aku parking kereta dan terus bukak tingkap.

Troo troot , SMS masuk.

'Eh takpayah jemput aku , Abu cakap dia tolong hantarkan. Kau tak sampai lagi kan?' , kata Pete dalam mesej itu.

'Celaka , kenapa tak bagitahu masa aku dah langgar kau je?' , aku bermonolog sendirian.

'Aku dah sampai dah pun' , balas aku dalam SMS dengan Pete.

'Kk , aku keluar 8.30am tau.'

Aku menunggu sambil ada sebuah kereta kancil parking di sebelah.

'Fuhhh awek.' , kata aku.

Awek tu berlalu pergi. Terima kasih Tuhan.

Pete sampai ke kereta pada pukul 8.50am , kunci kereta aku kasi dia dan aku duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

'Nanti singgah isi minyak , Ibu dah kasi duit' , kata aku kepada si Pete.

Pete mengangguk dan terus ke Petronas. Uncle Saga , pekerja Petronas membebel entah apa apa. Aku dengan Pete hanya dengar dan berterima kasih. Sopan santun. Budi bahasa kan budaya kita kahkah.

Dari Senawang , bergerak ke rumah Pete di Ampangan. Adik-adik Pete menyambut dan aku terus melabuhkan punggung di atas lantai. Detik mula bergerak , aku mula cuak. Pete cuak sepuluh kali ganda dari aku. Boleh tahan cuak jugak Pete ni , macam mana lah agaknya kalau dia sedang tunggu isterinya bersalin kelak. Mahu pengsan dia ni.

Kami ke sekolah pada pukul 11.25am , dan sejujurnya aku pikirkan keputusan sudah keluar.

Sampai ke sekolah , nampak budak budak laki kelas aku sedang menunggu. Satu perkataan dalam hati aku ketika itu ialah - celaka.

Celaka pasal keputusan tak keluar lagi , ada baiknya aku menonton HBO tadi dekat rumah Pete. Kemudian cikgu kelas aku muncul dan mula mengagihkan result. Aku mula gementar , takut punahkan harapan kedua dua orang tua aku.

Akhirnya , giliran aku. Dapat 2A tetapi aku bersyukur sebab aku tak expect dapat A. Alhamdulilah. Pete mula cuak , dia pandang slip keputusan aku. Ketika giliran dia , aku tengok lebih dari 2A. Aku beritahu dia dapat 4A. Dia terima slip itu dan mula nak menangis. Celaka , kata kental. Ini apa ni Pete? Kahkahkah.


'Ya Allah , Ya Allah' , itu sahaja mampu Pete kata dan aku mula sebak. Dia call Mak (ibunya) dan beritahu keputusannya sambil tangan mengigil. Lagi lah aku sebak. Aku beritahu Ibu dan ibu tak expect keputusan aku. SMS mula masuk. Aku ucap tahniah kepada yang dapat tinggi dan aku peluk Pete sebab dia dapat 4A. Pehhh respect.

Kemudian satu lawak berlaku di luar.

'Pete , bawak kereta' , kata aku.

'Okay-okay'

Pete start enjin dan seperti tak percaya lagi tentang keputusannya. Dia belok ke kanan , dan langgar kereta yang ada disitu.
'Woi kahkahkahkah , cepat reverse.' , kata aku.

Pete terus sodok kereta tu kemudian dia berhenti. Aku mampu gelak disebelah. Dia reverse kemudian ke rumahnya. Aku mampu bergelak dengan dia sepanjang perjalanan balik ke rumahnya.

Apa yang aku mampu aku katakan ialah , sekarang adalah kehidupan baru kau orang semua. Result sudah dapat , tiada apa kau nak sesalkan. Teruskan kehidupan dan mula lihat ke hadapan. Fikirkan elok elok masa depan kau. Tahniah kepada yang dapat result yang bagus , kepada yang kurang tu jangan putus asa , biar lambat asal kau belajar.

Sejujurnya , aku lebih cuak menunggu slip keputusan Pete dari menerima slip keputusan aku. Sampai sekarang aku masih musykil. Mungkin sebab - It was us two against the world , kot? Abaikan.
Esok dapat result SPM jangan sedih sangat jangan happy sangat. Nanti dah masuk University baru tahu langit tinggi rendah.  - HJ