Jan 15, 2012

Kembara Kuala Lumpur Eps. Akhir.

Setelah terkulai layu , aku tengok jam sudah mula masuk 11pm menandakan masuknya waktu untuk aku beredar. Aku kenyit mata , tunjuk train untuk kasi 'sign' kepada Pete untuk balik. Pete tak faham , dahi berkerut. Aku tampar sambil berkata , 'its time to go back bangang'. Baru dia paham. Kami pergi ke stesen Bukit Jalil yang time tu dipenuhi dengan sek sek Kelate. Cuak memang ada , tapi stay cool. Dalam tren , tak ada apa apa berlaku. Alhamdulilah.

Setelah sampai di Bandar Tasik Selatan , beli pula tiket untuk ke stesen Seremban. Aku buka kasut , sarung selipar. Pete still dengan Macbeth dia , tahan sakit untuk tunjuk dia rock n' roll dengan memakai Macbeth. Poyo , itu memang sifat dia. Dalam gerabak train , aku berdiri sebanyak lima stesen mungkin sambil mendengar dua lelaki kulit hitam bercakap dan gelak tawa. Pete dah duduk tanpa kerusi , pesen tak malu punya orang.

Bila hendak sampai ke Seremban , aku hanya berkata kepada Pete , 'dah nak sampai rootbeer dah?' Pete mengangguk sambil senyum senyum bajet aku ni gadis yang akan cair kepada senyuman. Celaka , haram aku nak cair. Aku berkata Seremban itu sebagai rootbeer kerana kehausan dan kelaparan yang teramat. Sampai Seremban , kami terus ke A&W sambil ditemani bunyi mat mat kereta berlumba di tengah bandar Seremban.

Ketika Mozza Burger sampai ke meja aku , aku bersyukur dan lega. Trip ini tidak menjadi tetapi sekurang kurangnya aku ada pengalaman. Itu yang dicari. Aku pelahap burger itu dengan jangka masa yang pendek. Air rootbeer Pete pun aku sebat tapi dia paham aku haus. Lepas tu , aku mula cari kereta nak balik. Call Pak Ngah , tak dijawab. Pilihan terakhir ialah call abang aku dan suruh ibu jemput. Kemudian aku tunggu di luar A&W sambil bercerita tentang gadis pilihan Pete.

Ketika itu memang bau badan masing masing memang cun. Aku masih wangi rasanya, pete memang bau puaka. Bila cakap benda ni dekat dia, dia akan mula 'hehehe' dengan aku dan cuba bau ketiak dia. Biasalah lelaki , semua lelaki ada bau badan selepas berpeluh. Sebelum berpeluh semua wangi ye dak. Sejurus selepas itu , ibu dan ayah sampai. Ayah kata muka Pete dengan aku masuk tv. Aku tak kisah semua itu , aku hanya nak baring. Sampai di rumah , kitorang terus tempat berbaring. Si Pete memilih karpet sebagai tempat pembaringan. Aku pilih tilam hijau sebagai tempat melepaskan sakit sakit di belakang aku yang aku tahan hampir 13jam lamanya. Ketika itu aku baru perasan yang ibu dengan ayah belikan aku dengan Pete , McD. Celaka , buat penat habis duit untuk A&W.

Pete baring dan terus tido. Aku main laptop sambil mengusha facebook aku. Lepas beberapa minit , aku tido. Tido yang lena. Besok tu aku taknak cerita , sebab ni Kembara Kuala Lumpur. Bukan Kembara Hidup Aku.

Mungkin lepas ni aku kena hati-hati pilih jalan. Tak nak makan diri lagi. Last-last apa pun tak dapat. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. - HJ.