Jan 12, 2012

Kembara Kuala Lumpur Eps. 2

Jadi setelah aku turun di Stesen Bukti Jalil , aku berjalan mencari kawan kawan aku. Sempat beli tiga tiket untuk kawan facebook aku - Fares Farhan , Fatin Syahirah and Diddy (Fares's cousin). Aku tengok lengang semacam je kaunter tiket , cantik lah beli tiket. Lepas beli tiket , aku berjalan mengelilingi stadium untuk mengambil tuah. Lagipun ni second time aku pergi , jadi kali ni nak tour habis.

Lepas tu , aku berjumpa kawan-kawan aku dekat MSN. Kawan kawan aku pergi minum kejap , tinggal aku dengan Pete lepak setelah berapa jam dalam KTM tengok pelbagai ragam. Pete bermain batu , aku cuba tidur duduk tetapi tak berjaya kerana haus. Pete still bermain batu , hingga aku ajak pergi minum pun dia cakap - tunggu dulu. Hinggalah dia membaling batu , dan batu itu terkena cermin kereta. Terus dia jerit - 'Lariiiik!' Aku pun 'obey' dan terus lari.

Sampai di satu stesen air murah yang diniagakan oleh pekerja bangla mungkin , aku beli. Ramai polis. Semua tengok Pete. peluh peluh di dahi Pete sudah mula kelihatan. terdengar bunyi 'gulp' di halkumnya. Aku masih stay cool. Lacoste berwarna biru muda yang Pete pakai sudah mula basah , jadi bau tukik mula naik. Bau bauan dari ketiak Pete sudah mula naik sehingga air bali yang aku beli pun tak rasa bali tapi rasa tawar kemain. Tak fokus aku minum. Celaka. Sambil tengok polis menggunakan kuasanya untuk me'refill' air sesuka hati , aku dengan Pete geleng kepala tengok gelagat polis tu. Kemudian unite balik dengan kawan aku.

Ketika jam menunjukkan 1715 , aku dengan kawan kawan aku masuk ke dalam stadium. Kemudian hati aku tertarik dengan sebuah kumpulan manusia yang dikenali sebagai ateras. Aku join mereka. Dan sebab ateras juga lah , muka Pete masuk TV. Aku tak masuk. Arena babi. Aku tak join sangat , dan aku duduk di atas sambil layan game. Aku berjumpa dengan seorang ateras tegar yang mahu dirinya dikenali sebagai Tobek. Kecil-kecil sahaja orangnya , simple pemakainnya , berkasut Macbeth Wallister dan berjanggut seperti Ustaz Azhar Idrus cuma Ustaz buat dekat salun mungkin dan dia potong sendiri.

Masuk half-time , aku pergi cari air. Pete akan mengikut kemana sahaja aku pergi , kalau aku bawak perempuan dan masuk ke hotel bajet , dia mungkin akan ikut sama dan berlakulah scene tiga-some. Okay sudah beralih topik. Setelah menghirup dengan teliti air anggur , aku masuk ke dalam dan duduk di atas dan tidak join ateras kerana penat. Bayangkan setengah hari tanpa makan , layu layu layu. Dari atas hingga ke bawah , semua layu.

Aku suka nombor tiga , jadi aku pikir nak sambung lagi sikit ke episod tiga. Sikit je lagi , dalam enam tujuh perenggan.