Jan 11, 2012

Kembara Kuala Lumpur Eps. 1

*Dum dum tratatak dum dum dum dum , tratatak dum dum dum*

Alarm kat phone aku berbunyi , aku tutup kemudian aku bangun. 9am , 7Januari 2012. Sehari sebelumnnya , aku bertelingkah dengan ibu aku kerana nak pergi ke Piala Sumbangsih. Jadi trip kali ini betul betul guna duit nenek dan ihsan abang pertama aku.

Aku pergi trip ni dengan kawan aku , Pete. Aku set pukul 10.30am untuk bergerak sebab nak pergi sana cepat , tapi tak jadi sebab perihal abang aku. Jadi aku chill dulu dengan bukak facebook , tengok notification sambil layan roti telur Lebai. Aku layan roti telur dia , bukan roti diapit telur dia. K tak lawak.

Kemudian Pete pun sampai rumah. Kitorang naik teksi RM4 ke KTM Seremban. Driver tu India , tangan dia jari tengah macam 'still' je , saraf kot. Dia akan menunjuk fuck sign sepanjang masa walaupun dia tiada niat. Kereta dia radio rosak , jadi dalam tu aku hanya pikir apa nak buat disana. Aku tempah tiket semua , terus naik komuter. Aku diri dekat tiang komuter , aku bau kencing dekat tiang tu. Celaka , padu jugak bau. Lepas tu bau itu hilang ditiup angin.

Sampai di stesen Nilai , ramai turun. aku dengan Pete dapat duduk. Depan kitorang budak 'core' , seluar ala ala boxer , muka ganas , baju Abstrax , kemeja kotak kotak fit , kasut Vans coklat. Kejap kejap pandang aku , kejap kejap pandang kawan aku. Aku buat bodoh , dan sampailah aku ke Bandar Tasik Selatan. Berbekalkan hoodies hitam aku , aku sarung menutupi baju hitam aku. Kitorang ambil tiket ke Bukit Jalil. Akak tiket tu berlagak satu macam.

Kitorang turun tangga , kemudian kawan aku boleh tak ingat kena naik tren apa. Aku meminta bantuan rakan aku yg lain. Akhirnya Pete ingat yang kena naik ke Sri Petaling. Jadi kami pun naik dengan senyuman yang terukir di mulut dan hati. Naik je , seorang chinese look pandang aku , dia senyum sinis. Aku takut dia seorang yang pedophile. Aku syak dia orang Kelantan. Turun pun di sama stesen iaitu Bukit Jalil.

Hari dah petang , nanti aku sambung.