May 12, 2013

Terima Kasih, Tuhan

Aku pandang terus ke langit yang sedang menurunkan air hujan. Renyai tapi tidak sedikit pun aku berganjak.

"Terima kasih Tuhan", ucap aku sebelum disambut oleh gelak tawa oleh kawan-kawan yang mengucap perkara sama dan melakukan perbuatan yang sama selepas itu.

Aku ikhlas.
Terima kasih kerana memberi kawan yang tidak bising bila mahu berjumpa ketika cuti.
Terima kasih kerana memberi kawan yang gembirakan aku setiap kali aku bersama mereka.
Terima kasih kerana memberi aku perasaan benci kepada musuh yang asyik bicara hal persahabatan.

Dan, terima kasih kerana menurunkan hujan.