May 8, 2013

Seberang Gelap

Ketika aku lepak dengan Angah di kedai mamak terkemuka di Senawang, sebuah kereta meluru masuk ke parking dengan tiada tertib.

"Mana roti canai aku ni", kata Angah yang order menu tipikal kedai mamak sepuluh minit lepas.

Selang beberapa minit (mungkin dalam 10-15 minit) seorang brader yang berpakaian baju sleeveless seakan-akan mengamuk kepada seorang pengambil order yang masih tidak ambil ordernya kerana brader ni duduk di seberang jalan (kedai mamak ini terbahagi kepada dua bahagian, dibahagikan oleh jalan) yang gelap. Aku sendiri tak nampak lokasi brader tu.

Selang lima minit selepas insiden tadi, brader tadi hentak meja bersama seorang pengikutnya di belakang.

"Kau nak ambik order ke tidak?!"

Semua pelanggan beralih arah sambil perkataan bodoh terkumat-kamit di mulut aku.

Dan insiden ini berakhir dengan brader itu mengambil tindakan bangang iaitu menghalang jalan dengan keretanya (kereta yang meluru masuk ke parking itu tadi ialah kereta brader ni) lalu terus mengambil gelas-gelas yang berada di atas meja dan mencampakkannya ke jalanraya sebagai tanda protes dan mungkin agar mamak itu takut kepadanya. Lalu terus pacu laju sambil pelanggan-pelanggan lain teruskan aktiviti yang tertinggal dek kerana iklan tak berbayar ini.

Selepas perkara itu berlaku, kepala aku menggeleng-geleng dua tiga kali.

Menghina kaum lain tidak menjadikan kaum Melayu itu pandai dan hebat tetapi lebih menunjukkan mentaliti orang Melayu sekarang lebih mundur dari kaum lain. Sebahagian.

P/S : Selepas brader tu blah, roti canai yang dipesan pun sampai. Terima kasih brader sleveless.