Feb 13, 2013

Review Buku #1




Tajuk : Menuju Nafas Terakhir
Harga : RM 15
Penulis : Petak Daud
Mana Nak Beli : Online - Lejen Press  atau Page Menuju Nafas Terakhir atau Dubook Press

Cerita buku ini mudah - kembali ke zaman sekolah dimana persahabatan, cinta, celaka-neraka sekolah itu dan sedikit kenangan pahit dan manis. Tika aku baca buku ini, abang dan angah sudah pun habis baca buku ini. Kedua-dua nya beri reaksi yang berbeza. seorang kata best dan seorang kata biasa. Selepas aku baca, aku hanya mampu kata buku ini beri kau kembali kenangan waktu sekolah.

Plot ceritanya mudah - kisar tentang dari darjah satu hingga ke tingkatan lima. Sedih, kecewa, keputusan salah, kena ragging semua diadun dan dijadikan buku. Aku percaya, ini kisah benar. Mungkin 80%. Oh ya, aku habiskan buku ini ketika menuju ke Kuala Lumpur sebelum dipalit kekecewaan.

"Mungkin Tuhan ingin mahu menunjukkan satu kebenaran bahawa sesuatu persahabatan boleh tercipta dengan macam-macam cara dan di mana-mana sahaja."