Feb 2, 2013

Bergelak

'Kau tengah buat apa tu?'

'Kah kah kah, bergelak la. Lawak siot buku ni', kata seorang pelajar universiti tempatan sambil menyuapkan sandwich ayam.

'Kau tengah buat apa tu?'

'Kah kah kah, bergelak la jugak. Bodoh sial Ali, kan dah kena bahan dengan aku', kata pelajar itu pada esoknya pula.

'Kau tengah buat apa tu?'

'Ha? Baru habis solat.'

'Kenapa masa solat kau tak bergelak pun?'

'Kau gila ke? Kita mengadap Tuhan ni nak bergelak?'

'Dah tu kau mengadap rezeki yang diberi olehNya, menggelakkan hambaNya kerana suatu kesalahan kecil kau tak rasa gila pulak?

"Modenisasi hanya, untuk haiwan di rimba."