Apr 1, 2012

Kesian Beqo

Ada seorang makhluk , dikenali sebagai Mustaman. Mustaman ni Pengetua Sekolah. Dia bercirikan ketua style FAM. Pengetua yang tak pernah turun padang. Kolplei pula merupakan guru disiplin. Beliau sahaja mempunyai kuasa mentadbir dan mengarah guru dan lain lain selain Mustaman. Even Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan PK Satu juga tak ada kuasa macam dia. Apatah lagi PK Koko. Macam ada takde je jawatan tu.

Mustaman telah memerintah sekolah tu selama 18 tahun. Tiada apa menarik tentang sekolah tu selain keputusan peperiksaan tak konsisten dari murid murid. Bila peperiksaan akhir atau ujian bulanan , ramai score 10A , 9A. Bila SPM , semua tersungkur. Jika peperiksaan akhir atau ujian bulanan , sekolah Mustaman lah yang hebat diantara daerah walaupun ada mendapat tentangan sengit.

Setelah 18 tahun tanpa ada tahi emas , Penolong Kanan Satu mula fed-up. PK Satu ni nama dia Beqo. Beqo ni bagus jugak. Dia yang sebenarnya buat pelajar semua belajar berkobar kobar dengan motivasi yang diberi. Pada suatu hari , Beqo cakap tentang ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan peperiksaan. Mustaman terkejut. Beqo takde kuasa nak buat tu semua. Mustaman call Taufik iaitu guru pendidikan Moral untuk adakan meeting untuk tindakan susulan.

Akhirnya Beqo didapati bersalah sebab main hentam keromo je. Murid marah bukan dekat Beko , tetapi dekat Mustaman. Mustaman ni bangang , dia buat dek je. Beqo dengar cerita kena panggil dengan Mustaman , tapi entah bila pulok. Yang si Kolplei pernah jugak hentam cakap budak PMR ni macam makan nasik basi time amek PMR sebab result selalu teruk bila PMR. Bila peperiksaan semua , bagus excellent semua. Tapi Kolplei ni tak pernah kena tindakan even tak tinggi mana pun jawatan dia. Entah la macam mana Mustaman tu tadbir sekolah tu.

Oh ye , sekolah Mustaman ni namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Rempah (SEMEKERE). Ada masa nanti buatlah rombongan ke sana.