Dec 17, 2013

Wan

Sekitar pertengahan tahun, para pelajar Tingkatan Enam diberi kebenaran bawa laptop ke sekolah untuk selesaikan Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS) yang kesimpulannya assignment beri markah pada final exam kelak. Ketika kami bersuka ria pada waktu Sejarah, old school teacher yang mengajar kami memecah kemeriahan.

"Yang belakang tu buat apa ha? Jangan tengok flerm (filem) lucah ha", kata Miss Wan.

Kami tergelak. Ha ha ha ha sampai naik urat kepala, leher dan sebagainya. Mungkin tidak di biceps kerana majoriti kelas kami (lelaki) tidak bersenam atau lebih dikenali sebagai workout pada tahun 2013.

Beliau bujang dan berusia sekitar 40-an. Sudah mengajar lebih berpuluh tahun dan menjadi guru paling lama di sekolah kami. Pernah mengajar di Sarawak dan adakalanya bercerita tentang pengalaman beliau di Sarawak. Beliau sensitif. What do you expect at her age, right? Namun beliau adalah seorang wanita-sensitif-sehari. Harini marah/merajuk, esoknya beliau akan steady mengajar seperti tiada apa berlaku.

Apa yang aku lihat kini ialah remaja yang belajar di negeri orang, sebulan selepas itu perangai serupa beruk. Jenis tak boleh lihat dunia luar/lain. Cepat terikut. Bila ditegur, sensitif. Sensitifnya bukan seperti Miss Wan. Cuma harapnya si remaja ini tidak ke Jepun. Takut balik Malaysia terikut nak buat flerm (filem) lucah.