Sep 20, 2013

Teknoloji

Complain gadget baru beli tidak sama dengan Nokia yang dahulu. Apple, Blackberry dan Samsung dituduh tidak mempunyai battery yang power macam Nokia yang pakai masa darjah enam dulu. Bila keluar iPhone mahupun Samsung S4, berpusu-pusu juga manusia walaupun tahu specs nya tidak lah power mana. Lebih ke arah ambil gambar share dan berhubung di media sosial sehingga battery habis. Kemudian, complain di media sosial.

Terima seadanya, brader. Jika mahu battery power, guna Nokia mahupun telefon bimbit yang versi dahulu sikit. Mahu beli yang latest? Maka terima lah dengan seadanya bahawa battery yang dipakai tu perlu dicharge hampir setiap hari. No need to complain.

Jika beli gadget kemudian letak memorynya sepenuh yang mungkin, terima lah keadaan 'hang'. Bila kau buat phone macam laptop bukak banyak tab dan kemudian 'hang', itu maknanya kau bodoh. Perlu tahu kegunaan laptop, tablet, handphone dan phablet.

Kejarlah gadget jika berduit. Mereka itu semua sudah sedia. Anda juga perlu bersedia dengan wang.