Jun 30, 2013

Jumaat, Mendung

Hari itu Jumaat, penghulu kepada semua hari hatta Hari Raya sekalipun.

Tika itu aku sedang bersiap dan menungu panggilan untuk latihan bersama ahli-ahli muzik yang lain untuk sebuah pertandingan. Salah seorang rakan aku membawa perkhabaran yang kurang enak didengari pada pagi yang nyaman itu. Aku katakan nyaman kerana beberapa hari selepas itu, jerebu melanda.

Salah seorang guru Tingkatan 6 telah ke rahmatullah ketika kita sedang lena dibuai mimpi. Gempar satu sekolah. Bas disediakan kepada para Tingkatan 6 untuk menziarahi arwah buat kali yang terakhir. Berderau darah aku ketika itu. Dua rakan kelas aku berjumpa dengan aku memeberitahu perkara itu. Tuhan saja tahu perasaan sebak dan terkejut.

Mahu pergi atau tidak?

"Kau pergilah, tinggalkan kejap latihan kau tu". Kata seorang kawan aku sambil muka sedih-sedih.

Akhirnya aku pergi jugak. Tapi naik kereta atas masalah bas dah penuh. Keluar sahaja pagar sekolah, kesedihan kawan aku tu semua hilang. Boleh gelak tawa, hisap rokok dan act like nothing. Jumaat itu muram dan sedih. Sesedih perasaan aku melihat perangai kawan aku seorang tu.

Al-Fatihah.