Dec 22, 2012

Tengah Hari




Dua budak kecil berbangsa India sedang berkerja keras untuk mencari rezeki. Kata kawan aku, mereka itu anak kepada pemandu syarikat ais itu.

Anak kepada pemandu yang merupakan pekerja kepada supervisor syarikat ais itu. Di atas supervisor itu, ada eksekutif-eksekutif yang lain. Atas sekali, bos. Bila aku kenangkan ini, aku pandang sekeliling. Kerusi, meja, besi, kereta malah keyboard laptop yang aku sedang taip ini.

Siapa hamba, siapa pekerja, siapa supervisor, sales manager, dan atas sekali bos.

Atas bos siapa? Tuhan.

Kita ni bongkak. Selalu fikir boleh kuasai dunia. Cuba kuasai ranjang dahulu baru cerita nak kuasai dunia.