Dec 12, 2012

Cerita Kembali

Perjalanan aku dahulu lebih teruk dari kali ini. 13 jam tanpa sesuap makanan. Diisi dengan air sebanyak dua kali.

Lokasinya sama, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perjalanan dahulu, buat aku kenal dunia. mungkin satu peratus dari kecelakaan dunia. Dan pada 10 Disember, tidak seteruk dahulu.

Dahulu, aku dan Angah sahaja. Kali ini, bertambah dua orang.

Tuhan, terima kasih kerana memberi aku abang-abang yang sudi temankan, beri adiknya duit belanja ketika tergantung di hujung dahan.