Aug 27, 2012

Kami Masih Pelajar Sekolah



"Awak bukan pelajar sekolah lagi , awak sudah Pra-Universiti."

Everytime i heard this 'quote' from our teachers , i laugh. You know why? Because , they shouldn't called us as 'Pre-U students'. Nak tahu kenapa tak patut panggil? Sebab kami hanya menumpang. Kami tiada bangunan yang betul-betul hak milik kami. Yang ada sekarang hanya lah sebuah bangunan yang memerlukan kebenaran pihak atasan kalau nak buat mural , cat atau hiaskan ia.

So you still want call us Pre-U students? Stop that crap words. Kami hanya pelajar sekolah. Tutup mata tentang uniform. Mari cerita tentang peraturan. Mengapa kami perlu ikut peraturan sekolah walhal kami ini sebuah entiti yang tidak seratus peratus milik sekolah? Kami ada pengetua sendiri , cikgu disiplin sendiri dan cikgu-cikgu kanan yang lain. Seolah-olah pihak atasan kami hanyalah gah pada nama , tapi tidak membuat kerja.

Seriously , can you imagine when teachers look down and bias on us? Aku taktahu kenapa. Seolah-olah kami ini orang yang dari entah mana-mana , cuba menumpang dan buat hiruk pikuk di dalam sebuah rumah yang didiami ramai anak-anak kecil yang masih berhingus hijau. Aku ada dengar tentang ingin membuat kolej untuk Pra-U akan datang. Mungkin khabar angin yang berapa peratus sahaja akan menjadi realiti. Kolej sendiri , itu harapan cikgu-cikgu Pra-U. Mari kita hisap dadah-harapan itu selagi tidak menjadi realiti.

Pra-U dan Pra-Diploma. Apa yang sama? Pra. Dan mungkin tempoh pengajian. Apa yang beza? Pra-Diploma akan masuk Diploma manakala Pra-U akan terus masuk degree jika berjaya. Apa yang bullshit? Pra-Diploma ada bangunan sendiri dan peraturan sendiri. Pra-U pula ialah vice versa kepada apa yang dinyatakan.

Aku masih pelajar sekolah. Itu yang perlu diterapkan. Lupakan tentang perbezaan. Perbezaan itu hanya akan muncul bila pihak atasan berani membuat sesuatu untuk melupuskan kaitan kami dengan sekolah. Jika tiada bangunan , cuba buat peraturan sendiri. Kasi kami bebas sebagaimana pelajar universiti yang lain.

Atau mungkin aku tak dengar apa yang diperkatakan cikgu-cikgu ketika orientasi dulu.