Jul 19, 2012

Aku Berubah Sebab..



Menangis ketika jatuh , cuba tahan ketika jatuh , cekal ketika jatuh.

Botol susu , botol plastik , cawan.

Manusia akan berubah hari demi hari. Personaliti , rambut , badan , pakaian. Mungkin hari itu dia tikam , hari ini dia baik. Mungkin hari itu dia kawan , namun hari ini dia lawan. Kita tak akan tahu perangai manusia sehingga kita berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dan mengalaminya sendiri.

Aku. Aku akui perubahan pernah ada dalam hidup. Cuba menjadikan orang lain sebagai idola , tapi semua hanya hangat-hangat tahi ayam. Manusia seringkali melafazkan - aku nak berubah sebab aku nak jadi macam dia. You can't do it that way. Berubah kerana inginkan. Bukan berubah kerana nak mengikut orang lain. Atau orang lain yang inginkan.

Jadi jika anda ingin berubah , lafazkan dalam hati anda - Sahaja aku ingin berubah kerana aku inginkannya.

Kadang kadang kita tidak tahu , orang lain ingin kita berubah kerana mereka inginkannya atau kerana ingin kita hancur. Perangai , personaliti dan sikap manusia bermacam-macam. Ada yang niat baik , ada yang tidak. Ada yang nak jatuhkan kita , ada yang nak kita bangkit. Pengalaman mengajar kita tentang siapa sebenarnya manusia.

Kalau kau nak berubah , cuba buat sikit-sikit. Bukan sekali harung - Pete , 2011